Rabu, 19 Disember 2007
Isnin, 17 Disember 2007
Ahad, 16 Disember 2007
DOA PERPISAHAN.........
Bergaullah dengan orang lain sedemikian rupa sehingga apabila Anda mati, mereka akan menangisi Anda dan selagi Anda hidup, mereka akan merindukan Anda”. Hak yang melekat pada setiap perjumpaan adalah perpisahan, seperti halnya hak pada setiap perpisahan adalah perjumpaan (kembali). Perjumpaan ...
Memori indah bersama SAHABAT....
Pertemuan..kita disuatu..hari.Meniti Ukhuwah Sejati..,Namun kini perpisahan terjadi...,Bersabarlah suratan, Kutetap pergi jua.Kan utuskan salam iNGATAN KU dalam kudusku sepanjang waktu...,PAHIT PERJUANGAN TELAH KITA RASAI BERSAMA...TERUSKAN PERJUANGAN....
Sabtu, 15 Disember 2007
MENGUMPAT .....SEUMPAMA
Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ..........Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya.........
Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai'e)
Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada disamping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)
AMINN

Anak Soleh
Wahai ibuku wahai ayahku
didiklah anak-anakmu
moga menjadi penyejuk di mata
penawar resah hatimu
ampunkan segala keterlanjuranku
halalkan makan minumku
doakan semoga aku selamat
dunia dan di akhirat
Apabila mati seorg anak adam itu...maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara.
1) amalnya yg soleh ketika hayatnya
2) ilmu yg bermanfaat & diamalkan
3) DOA DARI ANAK-ANAK YG SOLEH
Khamis, 13 Disember 2007
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN UMMI & ABI TANGGAL 25/12/2007

DOA DARI ANAKMU........
SEMUGA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
DAN TERUS MENJADI UMMI & ABI YANG BAIK SEKALI
TERIMA KASIH MENYAYANGI UMMI SEADANYA...UNTUK ANAK2MU :)
Ya, Allah kau lindungi Abi & Ummiku, Ya Allah....hanya padaMU aku memohon kau kurniakanlah kejayaan dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya......kepada mereka AMINN.
BUAT UMMI & ABAH TERSAYANG TERIMALAH....
SETIANYA KASIHMU - MUSTIKA
KENANGAN ABADI DARI UMMI BUAT ABI
MELAKAR CINTA DIPINTU SYURGA BUAT UMMI TERSAYANG........DARI ABI
Rabu, 12 Disember 2007
LA TAHZAN
Selasa, 4 Disember 2007
SAHABAT
Terpendam bagai permata dalam hati...
Terbenam bagai mutiara disalut nurani...
Bahagia itu pada HATI...
Bertakhta di kerajaan diri...
Bahagia itu pada JIWA...
Mahkota di singgahsana rasa...
Bahagia itu KESABARAN...
Bila susah tak gelisah...
Bila miskin tak pemarah...
Bila gagal tidak resah...
Hakikatnya bahagia itu ketenangan...
Bila hati mengingati tuhan...

Rabu, 21 November 2007
GAMBAR INI SEWAKTU AKU DIJEMPUT UNTUK MEMPERDENGARKAN BACAAN AL QURAN PADA SEMINAR ASSYATHIR DI MASJID NEGARA PADA 10 NOVEMBER 2007 YANG DIRASMIKAN OLEH KP JAKIM, YANG DIBELAKANG TU BERSONGKOK ,TUE LAH USTAZ KESAYANGAN KU...YANG BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA DIRI INI ..SEKARANG NIE PUN MASIH BELAJAR LAGI BELUM TAMAT LAGI..PENGAJIAN AL QURAN DENGAN KAEDAH ASSYATHIR..INSYALLAH...DOA2 KAN DEMI KEJAYAAN INI.......
KUMPULAN ASSYATHIR
NIELAH KUMPULAN ASSYATHIR YANG DIKETUAI OLEH ADIK AMIIRN SUFI, KUMPULAN INI TERDIRI DARI KANAK-KANAK BERUSIA 3-10 TAHUN....
PADA MAJLIS INI KUMPULAN INI TELAH MENYAMPAIKAN NASYID DENGAN MEMBAWA LAGU IBUBAPA DARI KUMPULAN AEMAN & RASULULLAH (HIJJAZ), ALHAMDULILLAH KUMPULAN INI MENDAPAT PILIHAN YANG TERATAS..
DIKESEMPATAN NAK UCAPKAN SYUKRAN BUAT USTAZ ARWANI....YANG MENGAJAR KAMI MEMBACA AL QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH ASSYATHIR...,ALHAMDULILLAH DIRI INI UMUR 7 TAHUN SUDAH DAPAT MEMBACA AL QURAN.., SYUKRAN BUAT USTAZ..UMMI, ABAH DAN KAWAN-KAWAN SEPERJUANGAN..............AMINN
Selasa, 20 November 2007
ayah
Ketika berjauhan masihku rasa Hangat kasihmu ayah Betapaku rindukan Redup wajahmu, Hadir menemaniku, **Terbayang ketenangan, Yang selalu kau pamirkan, Bagaikan tiada keresahan… *Walau hatimu sering terluka, Tika diriku terlanjur kata, Tak pernah sekali kau tinggalkan, Diriku sendirian, Ke tikaku dalam kedukaan, Kau mendakap penuh pengertian, Disaat diriku kehampaan, Kau setia mengajarku erti kekuatan, Terpancar kebangaan, Dalam senyummu melihatku berjaya, Tika ku kegagalan tak kau biarkan Aku terus kecewa, Dengan kata azimat, Engkau nyalakan semangat, Restu dan doa kau kirimkan, ulang * ulang ** Tak dapatku bayangkan, Hidupku ayah tanpa engkau disisi Semua kasih sayang yang kau curahkan, Tersemat dihati

amirinsufi@yahoo.com lagu: Aeman tajuk: ayah
Ahad, 18 November 2007
Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran.
Assalamualaikum w.b.t.. Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.
Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang... . mengucap... ... .. Asyhaduallailahaillallah... ... ... " Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha." Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah... .. Tapi mataku... ... .semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.! Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.
ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu... ..aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin... ... ".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu Apakah aku sudah menghampiri maut? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut... ...
Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga,haus, panas... ... ..".tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang, "Nenek... ... ... ..". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu... ... ". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."
"Ayah... ... .kau datang ayah... ... ." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah... ... ". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut... ... .!!!!!!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah... ... ." Aku tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.
Lalu, nnalillahi wainnailaihi rajiuun... . Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya... ... ". "Assalamualaikum... ... " "Siapa yang memberi salam itu?" "Aku" "Kau siapa wahai pemuda" Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya... ... jijik, loya, aku rasa... ... ..teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?" "Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini. "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari." "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini." "Akulah amalanmu yang keji... ... ... ." Aku terdiam.
Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?? "Tolong... .sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat aku "Aku malu... ..malu... ..malu... ... !!!!!!".
Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong... rimas... . panas... ... .." Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.
Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?.. Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?
Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!" Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun... ... .Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar... ... ..". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.
Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ... ... aku kini keseorangan... ...
Petikan Dari www.mmasweb.cjb.net

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

Salam ukhwah fillah wat semua.syukur alhamdulillah,ana masih diberi kesempatan olehnya utk mencoret sepatah dua dedikasi kat sini .lama tak menulis,tak punya masa berbaki....dahulukan yg awla...
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosagadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anakperempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dansekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanyaperlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalaubuat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupunbegitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isterilebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunungdengan semut.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya.
WANITA :Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak adapada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kalilebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milikperibadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelakimenerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dananak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiapsaat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudaralelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurgayg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
-sembahyang 5 waktu,
-puasadi bulan Ramadhan,
-taat suaminya dan menjaga kehormatannya.S
-seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taatakan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turutmenerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpaperlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seoranglelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewadisisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadipemimpin...maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanitasebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.."Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengansegera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami,Pasrahkanlah kami dengan takdirMU...Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan...Adalah yang terbaik untuk kami,Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...Ya Allah yang tercinta,Berikanlah kami kekuatan,Agar kami sentiasa tenang,Walau tanpa bersama dengannya..Ya Allah, Ampunilah dosanya,Kasihanilah akan dia,Tempatkanlah dia dikalangan hamba-hambaMu,Yang beriman dan beramal soleh,Dan peliharalah dia...Amin..Amin..Amin...
Ya Allah, kurniakan aku iman yang sempurna,Lisan yang lembut berzikir mengingati-Mu,Hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu,Badan yang ringan menyempurnakan perintah-Mu.
Langgan:
Catatan (Atom)